Hormat - menghormati merupakan amalan yang mulia dan perlu dipraktiskan semua orang bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Sikap saling hormat menghormati dalam masyarakat majmuk Malaysia dapat dilihat di kawasan kejiranan, tempat kerja dan tempat awam. Hormat kepada sesama manusia, orang yang lebih tua, ibu bapa ,jiran tetangga, tetamu dan akhir sekali kepada pemimpin. Namun begitu, kebelakangan ini nilai hormat menghormati semakin pudar dalam kalangan masyarakat. Hal ini sangat mendukacitakan memandangkan negara kita yang mempunyai ada nilai tatasusila dan kesopanan yang tinggi.
Antara faktor yang menjatuhkan adab hormat menghormati adalah kemajuan teknologi.
Kemajuan teknologi pada hari ini semakin menghakis nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Lambakan media sosial pada hari ini sangat mempengaruhi tingkah laku masyarakat yang ketagih dengan medium tersebut. Seringkali pelajar tidak mengendahkan pensyarah yang mencurah ilmu dengan perbuatan melayari laman sosial walhal pensyarah berada dihadapan mereka. Perbuatan ini sangatlah tidak menghormati pensyarah bahkan ianya juga tabiat yang tidak patut dicontohi dan merugikan diri sendiri kelak. Teguran demi teguran namun ianya seperti “mencurah air ke daun keladi”. Perbuatan yang sia-sia kerana kebiasaanya mereka sukar mengubah perbuatan tersebut.
“Melentur
buluh biarlah dari rebungnya”, peribahasa ini sesuai digunakan bagi memupuk
nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Masyarakat yang diterap dengan
didikan daripada ibubapa, kepatuhan terhadap agama dan akhlak yang baik
biasanya dapat menghormati setiap orang tanpa mengira ideologi,agama dan
bangsa. Namwawee contohnya membangkitkan isu sensitif dengan memainkan isu
keagamaan sangatlah menunjukkan tidak menghormati agama lain dan dia juga
memecahbelahkan perpaduan dengan membuka halaman facebook yang mengkritik
pemikiran agama lain. Jelas kelihatan komen-komen berbaur cacian,perkauman dan
‘keyboard warrior’ yang menunjukkan seolah olah mereka tidak bertamadun dan
sememangnya tidak menghormati pegangan agama masing-masing.
Namun begitu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan hormat menghormati antara kaum berjaya menghapuskan halaman facebook beliau dengan melaporkan halaman tersebut dan menyekatnya. Hal ini jelas menunjukkan sikap hormat menghormati antara rakyat Malaysia masih lagi utuh dan sikap perpaduan yang jitu.
Setiap pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam menyemai kembali sikap hormat menghormati sesama insan. Mengharapkan didikan oleh guru semata mata tidaklah menyelesaikan isu ini sebaliknya ibu bapa haruslah mendidik sebaiknya ketika pergaulan di rumah. Kebiasaannya didikan daripada ibu bapa adalah ikutan terbaik bagi anak-anak. Masyarakat juga perlulah bertindak sama contohnya jiran-jiran menegur dan menasihati anak-anak yang bertindak kurang ajar. Kebiasaannya jiwa remaja memberontak dan sukar dinasihati lantaran itu bermainlah secara psikologi dengan mereka. Hanya psikologi dapat menegur mereka bukannya dengan cara mengherdik dan memarahi golongan remaja.

Tuntasnya, nilai murni hormat menghormati sewajarnya diterap sebaiknya pada setiap genap lapisan masyarakat. Setiap orang memainkan peranan dalam memastikan nilai ini semakin menebal dengan didikan guru,asuhan ibu bapa dan pembentukan jati diri sendiri. Hormat menghormati bukan sahaja dapat menggalakkan semangat perpaduan bahkan masyarakat dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang ancaman walaupun terdiri daripada pelbagai ideologi, kaum dan bangsa. Keamanan negara kita pada hari ini adalah disebabkan nilai murni hormat-menghormati yang mempengaruhi corak kehidupan kita.