Thursday, 29 December 2016

Nilai murni : Hormat-menghormati




Hormat - menghormati merupakan amalan yang mulia dan perlu dipraktiskan semua orang bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Sikap saling hormat menghormati dalam masyarakat majmuk Malaysia dapat dilihat di kawasan kejiranan, tempat kerja dan tempat awam. Hormat kepada sesama manusia, orang yang lebih tua, ibu bapa ,jiran tetangga, tetamu dan akhir sekali kepada pemimpin. Namun begitu, kebelakangan ini nilai hormat menghormati semakin pudar dalam kalangan masyarakat. Hal ini sangat mendukacitakan memandangkan negara kita yang mempunyai ada nilai tatasusila dan kesopanan yang tinggi.



Antara faktor yang menjatuhkan adab hormat menghormati adalah kemajuan teknologi.
Kemajuan teknologi pada hari ini semakin menghakis nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Lambakan media sosial pada hari ini sangat mempengaruhi tingkah laku masyarakat yang ketagih dengan medium tersebut. Seringkali pelajar tidak mengendahkan pensyarah yang mencurah ilmu dengan perbuatan melayari laman sosial walhal pensyarah berada dihadapan mereka. Perbuatan ini sangatlah tidak menghormati pensyarah bahkan ianya juga tabiat yang tidak patut dicontohi dan merugikan diri sendiri kelak. Teguran demi teguran namun ianya seperti “mencurah air ke daun keladi”. Perbuatan yang sia-sia kerana kebiasaanya mereka sukar mengubah perbuatan tersebut.


“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, peribahasa ini sesuai digunakan bagi memupuk nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Masyarakat yang diterap dengan didikan daripada ibubapa, kepatuhan terhadap agama dan akhlak yang baik biasanya dapat menghormati setiap orang tanpa mengira ideologi,agama dan bangsa. Namwawee contohnya membangkitkan isu sensitif dengan memainkan isu keagamaan sangatlah menunjukkan tidak menghormati agama lain dan dia juga memecahbelahkan perpaduan dengan membuka halaman facebook yang mengkritik pemikiran agama lain. Jelas kelihatan komen-komen berbaur cacian,perkauman dan ‘keyboard warrior’ yang menunjukkan seolah olah mereka tidak bertamadun dan sememangnya tidak menghormati pegangan agama masing-masing. 

         Namun begitu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan hormat menghormati antara kaum berjaya menghapuskan halaman facebook beliau dengan melaporkan halaman tersebut dan menyekatnya. Hal ini jelas menunjukkan sikap hormat menghormati antara rakyat Malaysia masih lagi utuh dan sikap perpaduan yang jitu.
        
            Setiap pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam menyemai kembali sikap hormat menghormati sesama insan. Mengharapkan didikan oleh guru semata mata tidaklah menyelesaikan isu ini sebaliknya ibu bapa haruslah mendidik sebaiknya ketika pergaulan di rumah. Kebiasaannya didikan daripada ibu bapa adalah ikutan terbaik bagi anak-anak. Masyarakat juga perlulah bertindak sama contohnya jiran-jiran menegur dan menasihati anak-anak yang bertindak kurang ajar. Kebiasaannya jiwa remaja memberontak dan sukar dinasihati lantaran itu bermainlah secara psikologi dengan mereka. Hanya psikologi dapat menegur mereka bukannya dengan cara mengherdik dan memarahi golongan remaja. 
         
            
             
Tuntasnya, nilai murni hormat menghormati sewajarnya diterap sebaiknya pada setiap genap lapisan masyarakat. Setiap orang memainkan peranan dalam memastikan nilai ini semakin menebal dengan didikan guru,asuhan ibu bapa dan pembentukan jati diri sendiri. Hormat menghormati bukan sahaja dapat menggalakkan semangat perpaduan bahkan masyarakat dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang ancaman walaupun terdiri daripada pelbagai ideologi, kaum dan bangsa. Keamanan negara kita pada hari ini adalah disebabkan nilai murni hormat-menghormati yang mempengaruhi corak kehidupan kita.

ISU SEMASA: Penindasan rakyat Rohingya


          Rakyat Rohingya merupakan golongan minoriti di negara Myanmar namun mereka dinafikan hak-hak sebagai rakyat negara itu dan kerajaan mereka berusaha menghapuskan etnik kecil tersebut. Menurut duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar(2016) berkata "Kerajaan Myanmar dilihat memandang rendah kepada kaum minoriti di negara itu...tidak hairanlah mengapa mereka menafikan hak kerakyatan etnik Rohingya sehingga beratus ribu orang Rohingya meninggalkan Myanmar.
        
Image result for rohingya people
         Penindasan golongan minoriti ini jelas menunjukan tiada kemanusiaan apabila tentera Myanmar membakar,membunuh,merogol serta pelbagai ancaman dan kebencian terhadap mereka. Pembunuhan golongan kanak-kanak juga merupakan sesuatu perbuatan yang salah disisi undang-undang walaupun mereka mengancam keselamatan negara. Mereka mempunyai hak keistimewaan dan terkecuali ketika berperang. Pembunuhan mereka jelas menunjukkan kerakusan kerajaan Myanmar dalam menghapuskan etnik Rohingya. Mereka juga dipaksa untuk menukar pegangan agama sekiranya ingin meneruskan kehidupan. Ini jelas menunjukkan kerajaan mereka tidak menghormati pegangan agama lain. Negara Malaysia turut memperjuangkan hak-hak kemanusian dan akan membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa.
     
Image result for rohingya people      Negara Myanmar mulai rasa tekanan tatkala negara Malaysia bersuara dalam pencabulan hak kemanusiaan etnik Rohingya. Bahkan kerajaan Myanmar turut melarang pekerjanya untuk berkhidmat di negara Malaysia. Hal ini disambut gembira oleh persatuan Rohingya Cawangan Kedah. Pengerusinya, Yusof Ali berharap etnik Rohingya yang ditindas dapat mencari rezeki disini. Namun begitu, negara Malaysia tidak dapat mengambil terlalu banyak rakyat mereka berikutan keadaan ekonomi yang gawat. Oleh itu, kerajaan Malaysia hanya mampu memberikan penempatan sementara bagi perlarian ini dan terpaksa menghantar pulang mereka ke negara asal. Golongan minoriti ini ibarat seperti bola terpaksa ditendang sana sini berikutan banyak negara yang takut mengambil risiko mengambil mereka.
       
Image result for sokongan malaysia terhadap rohingyaPenindasan mereka sewajarnya mendapat pembelaan negara Islam yang lain. Berpeluk tubuh tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya kritikan lantang harus diberikan kepada mereka melalui mesyuarat antarabangsa serta perbincangan sesama negara Islam. Mahkamah antarabangsa juga sepatutnya mengenakan tindakan yang tegas kerana penindasan ini juga melibatkan negara lain apabila perlarian Rohingya berhijrah ke negara lain. Ianya bukanlah isu dalam negara semata mata tetapi melibatkan pelbagai pihak yang terpaksa bersama sama membendung masalah mereka apabila melibatkan ancaman pada negara.